Menu

Sup Daging

Bahan

1/2 kilo tulang lembu

2 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

3 hiris halia

1/2 inci kulit kayu manis

3 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

1 bunjut sup tulang

Garam secukup rasa

Daun sup dan daun bawang

sedikit bawang goreng

Cara memasak

Bersihkan daging, tulang lembu dan rebus bersama air. Masukkan sup bunjut, kulit kayu manis, halia, buah pelaga, bunga lawang, dan garam secukup rasa. Apabila masak taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.

***********************************************************************

Singgang Ikan Haruan

Bahan

1 ekor ikan haruan

1/2 inci lengkuas

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 keping asam gelugor

Garam secukup rasa

Cara memasak

Ikan dipotong dan dibersihkan. Hiris lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawaaang putih. Sediakan periuk, masukkan air serta ikan dan bahan hirisan, asam gelugor dan garam secukup rasa.

********************************************************************

Sup Ayam

Bahan

1 keping paha ayam

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1/2 inci halia

Sedikit daun sup dan daun bawang

Garam secukup rasa dan sedikit bawang goreng

Cara memasak

Bersihkan ayam, kemudian dipotong-potong. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan bahan-bahan di dalam periuk. Masukkan air paras ayam dan garam secukup rasa. Hiris daun sup dan daun bawang serta taburkan bersama bawang goreng.

*********************************************************************

Daging Masak Kicap

Bahan

1/2 kilo daging

1/2 inci halia

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 sudu besar lada hitam yang sudah ditumbuk

1 batang serai

kicap secukup rasa

Cara memasak

Daging dipotong kecil dan dibersihkan. Mayang bawang merah, bawang putih dan halia. Ketuk serai lalu ditumis bersama bawang dan halia dengan sedikit minyak sehingga kuning, masukkan daging serta kacau. Masukkan kicap secukup rasa dan lada hitam.

*********************************************************************

Ikan Tenggiri Panggang

Bahan

2 keping ikan tenggiri

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil garam

daun pisang

Cara memasak

Dua keping ikan tenggiri dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit. Balutkan dengan daun pisang lalu dipanggang.

**********************************************************************

Sambal Lada Hitam

Cara memasak

2 sudu besar lada hitam ditumbuk dengan sedikit garam

Tip : Makanlah bersama ikan panggang dan nasi panas

*********************************************************************

Ikan Haruan masak Pindang

Bahan,

1 ekor ikan haruan yang sederhana besar

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 batang serai

1 keping asam gelugor

1 helai daun kunyit

sedikit garam

serbuk kunyit

Cara memasak

1. Ikan haaruan dipotong dan dibersihkan, digalukan dengan garam serta kunyit.

2. Mayang bawang merah dan bawang putih.

3. Ketuk halia dan serai dan masukkan asam gelugur beserta ikan haruan dan tuangkan air secukupnya. Letakkan sedikit garam dan daun kunyit.

4. Masakkan hingga mendidih. Setelah masak, angkat dan hidang.

**********************************************************************

Ayam Goreng Darat

Bahan,

2 ketul paha ayam

minyak untuk menggoreng

Bahan untuk sos,

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk )

1 sudu kecil tepung gandum

1 sudu besar kicap

sedikit garam

serbuk kunyit

Cara memasak,

1. Bersihkan paha ayam yang sudah dikelar-kelar. Gaulkan dengan sedikit garam, lada hitam, kunyit dan taburkan tepung lalu digoreng. Asingkan ayam dahulu.

2. Mayang bawang besar, bawang putih, halia dan ditumis di dalam kuali. Masukkan kicap dan lada hitam yang dibancuh dengan satu sudu tepung gandum bersama sedikit air dan rasalah garamnya.

3. Tuangkan sos yang sudah disediakan keatas sos yang sudah digoreng.

**********************************************************************

**Resepi ni saya ambil dari buku ‘ Urut Tradisional Melayu warisan Opah Umi ‘ hasil tulisan Puan Hajjah Sharifah Umi Kelesom Syed Mohamed Zin terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ada banyak lagi resepi dalam buku ni, petua, cara urut, cara menguruskan bayi dan cara urut pun ada. Sangat sesuai untuk ibu yang ingin mencari info mengenai penjagaa selepas bersalin.

One thought on “Menu

  1. salam..
    saya bukan baru lepas bersalin,cuma nak tanya pasal nak berurut satu badan..
    kalu berurut saja,boleh datang rumah jugak ke??
    berapa caj nya?
    thanx..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s