Media

Mengiktiraf martabat tukang urut

Utusan Malaysia 1hb Januari 2013

SIAPA sangka kerjaya sebagai tukang urut selepas bersalin yang dulunya hanya dilakukan oleh golongan tua kini turut dilakukan oleh wanita barat?

Kemasukan 10 pelajar dari Rusia yang bakal mempelajari ilmu urutan saraf selepas bersalin membuktikan urut tradisional timur itu semakin diiktiraf hingga wujudnya kursus tersebut di institusi pendidikan.

Kewujudan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) 2012, yang dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 27 Jun lalu juga telah mengangkat martabat tukang urut ke satu tahap yang lebih profesional apabila tauliah diberikan kepada mereka yang benar-benar mempelajari ilmu anatomi dan mempunyai banyak maklumat berkaitan urutan tradisional.

Di bawah akta itu, pengamal TCM perlu memohon kepada majlis berkenaan untuk didaftarkan dan mereka wajib berkhidmat di hospital atau institusi yang dikenal pasti bagi tempoh tidak kurang satu tahun.

Salah satu akademi yang memenuhi inisiatif tersebut ialah Akademi Kecantikan dan Pengurusan Beaubelle yang menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mempelajari tentang urutan selepas bersalin.

“Kursus ini diberi nama warisan penjagaan lepas bersalin BB atau BB Heritage Post Natal Care yang mana modulnya digubah hasil gabungan ilmuwan profesional dalam bidang kecantikan dan juga mereka yang berpengalaman dalam bidang urutan selepas bersalin.

“Uniknya tentang kursus ini ialah kami menggabungkan ilmu urutan timur dan barat dan tidak sekadar memfokuskan kepada kesejahteraan tubuh wanita selepas bersalin malah kecantikan mereka juga menjadi tumpuan utama.

“Dalam teknik urutan yang kami bakal ajarkan pula meliputi urutan aroma terapi untuk ketenangan dan kelegaan, urutan saraf untuk memulihkan dan juga membetulkan perjalanan darah selepas melahirkan,” jelas Pengarah Bahagian Kesihatan Beaubelle, Narita Ahmad.

Tambahnya, konsep unik itu merupakan satu cara terbaik untuk memulihkan dan mencergaskan ibu selepas bersalin.

“Dengan pengiktirafan Beaubelle di lebih 30 buah negara di seluruh dunia, kami mahu berkongsi konsep urutan tradisional ini ke peringkat antarabangsa. Sehingga kini kami telah menerima 20 pelajar dari Rusia yang bakal mempelajari teknik urutan lepas bersalin ini untuk dibawa balik ke negara mereka.

“Budaya urutan tradisional ini masih belum diterima sepenuhnya oleh masyarakat luar negara, bagaimanapun mereka yang pernah ke negara ini mengakui perkhidmatan urutan yang pernah dirasai memang memberikan kesegaran pada diri mereka,” jelas Narita yang telah berpengalaman dalam bidang urut saraf selama lebih 10 tahun.

Urut lepas bersalin

Menurut Narita, proses mengandung melibatkan perubahan dalam fizikal dan emosi seorang wanita, perubahan itu perlu diselaraskan seiring dengan kelahiran bayi agar si ibu dapat bersedia secara mental dan fizikal untuk menjaga bayi tersebut.

“Jika tidak dijaga dengan betul selepas bersalin, banyak masalah kesihatan timbul apabila umur mencecah 50 tahun.

“Konsep Beaubelle adalah untuk mencapai kesejahteraan secara holistik menggabungkan elemen tradisional dan kajian sains. Malah kami juga menggunakan herba terpilih untuk memaksimumkan lagi proses pemulihan dan kesegaran tubuh ibu selepas bersalin.

“Ini adalah peluang terbaik untuk wanita yang berminat, ia juga salah satu cara terbaik menjana pendapatan dan tidak perlu risau akan peluang pekerjaan yang sentiasa ada,” jelas Narita.

Kursus BB Heritage Post Natal Care ini bakal diterajui oleh Penasihat Terapi Tradisional dan Perubatan (GAPERA) yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan serta mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Federation of Holistic Therapist (FHT) di United Kingdom.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 017 – 6385872.

NARITA AHMAD KINI TIDAK LAGI BERTUGAS SEBAGAI PENGARAH BAHAGIAN KESIHATAN BEAUBELLE GLOBAL HARMONY …… WALAUBAGAIMANAPUN MASIH MEMBERIKAN PERKHIDMATAN SECARA SAMBILAN SEKIRANYA DIPERLUKAN ……. UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT , SILA HUBUNGI NOMBOR 017 – 6385872

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s