Blog / Artikel

Perlukah berpantang bersalin sehingga 100 hari?

Soalan yang sering diajukan kepada saya sejak kebelakangan ini ……..
JAWAPAN SAYA ….. PERLU DAN TAK PERLU
KENAPA PERLU ?
Dari segi penjagaan dalam pemakanan, bukan sahaja digalakkan untuk 100 hari malahan untuk seumur hidup kita. Lebih2 lagi wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik di mata suami malahan ada juga bukan kerana suami tapi kerana risau akan penampilan diri dihadapan orang ramai. Dikhuatiri dikatakan tidak tahu menjaga badan. Bertanding sesama golongan para isteri.
Proses melahirkan anak adalah proses membaik pulih tubuh seseorang ibu. Dalam tempoh berpantang adalah satu masa yang sangat sesuai untuk merawat tubuh menjadi anggun semula. Makanan yang tidak berkhasiat dan berminyak diketepikan, makanan dan minuman yang boleh menyebabkan rasa sejuk panas yang sering menjadi punca lenguh dan sakit pada tubuh.
Urutan, bertungku dan penjagaan luaran perlu diteruskan.  Urutan untuk ibu selepas bersalin selalunya dilakukan 3 hari berturut – turut atau selang sehari. Jikalau ingin melakukan lebih banyak urutan disyorkan melakukan urutan limfatik ( pemecahan lemak dan mengecutkan selulit ).
Bertungku sangat penting, kepanasan batu akan mengembangkan urat untuk memudahkan pengaliran darah dan menolak angin dari tubuh. Pengaliran darah yang lancar akan membantu proses pecah lemak dan juga dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubuh. Sistem perparitan cecair jernih juga menjadi lancar sekaligus memudahkan proses pelupusan toksid dan pengeluaran peluh. Digalakkan bertungku sehingga lebih 44 hari agar lebih kelihatan langsing dan wajah menjadi berseri.
Begitu juga dengan penjagaan luaran tubuh seperti tapel, pilis dan param ( Kebanyakkan ibu2 moden lebih menggunakan krim berbanding herba2 bersalin yang agak remeh dan kotor ). Jikalau ke tempat kerja bolehlah meneruskan amalan penjagaan disebalik baju yang lawa2 dah lama tak pakai tu. Pakai lebih 100 hari pun tak apa …. lebih baik.
Pengambilan vitamin atau jamu yang bersesuaian mengikut penerimaan tubuh masing2 ( jamu yang tidak mengganggu pemprosesan susu ibu dan kesihatan bayi ) juga digalakkan.Untuk memastikan tubuh ibu dan bayi senantiasa terjaga dan mendapat khasiat yang cukup. Pengambilan pun kenalah berdisiplin mengikut jadual dan dos yang ditetapkan. Jangan ” panas2 tahi ayam “. Pengambilan berterusan barulah boleh menampakkan hasil. Jangan ambil berjenis2 untuk mendapatkan khasiat yang sama. nanti dos jadi berganda. Badan sendiri yang merana. Harap muka nak cantik tapi jadi menggerutu pulak… jerawat batu dan ruam naik sebab panas jamu. Badan nak langsing tapi jadi tembam, tak pun jadi pucat atau bengkak. Tubuh jadi keliru menerima asakkan ubat dan jamu.
KENAPA TAK PERLU ?
Tak perlulah nak berpantang kat suami  hingga 100 hari….. azab dia lebih azab dapat kat kita ….. Siti Khadijah RA isteri Rasulullah pun berpantang 44 hari begitu juga anak perempuan Baginda Siti Fatimah RA ( Ensiklopedia Perbidanan Melayu ).Ramai yang berkata “ Saya dah cakap kat suami , suami saya kata dia faham… dia boleh sabar dan tunggu hingga saya betul2 sihat “ ……… Saya tak faham dari mana datangnya pantang larang sehingga 100 hari ini. Betul berkesan kah? Untuk apa sebenarnya? … ada yang memberikan jawapan yang tak dapat diterima oleh akal saya ……….. “ Untuk suami jugaaaa……. Dan juga untuk kesihatan saya di hari tua “Saya terpanggil untuk memberikan pendapat dan pandangan peribadi saya , berdasarkan pengalaman saya sebagai tukang urut bersalin dan kesihatan wanita juga adakalanya saya bagaikan dilantik sebagai kaunselor yang tidak berkelayakkan dan tidak pernah diiktiraf. Sejak 8 tahun lalu, ramai isteri yg menitiskan airmata di hadapan saya. Pernah ada beberapa org suami meminta nasihat dan memberikan alas an yang hampir serupa ….. perkahwinan atas dasar cinta tapi akhirnya musnah disebabkan punca terlalu menghormati perasaan pasangan. Derita dalam bahagia.  Kaum isteri yg berpantang 100 hari ini berkata1.       “ SAYA TAKUT “ …….. Kenapa mesti takut ? Betapa uniknya Allah menjadikan kita wanita yang boleh cedera dan pulih dengan sendirinya dan akan pulih lebih cepat dengan pelbagai rawatan yang bersesuaian. Saya berpendapat yang dimaksudkan oleh kaum isteri adalah situasi “BERSAMA” dengan suami. Mungkin pengalaman bersalin yang sungguh menyakitkan dan keadaan Rahim dan faraj yang luka dan bengkak membuatkan isteri menjadi fobia… Untuk mengatasi masalah ini, maka telah terwujudnya pantang larang untuk para isteri dan suami agar isteri boleh pulih sepenuhnya. Sebab tu juga adanya petua, makanan dan ubat2an serta herba untuk pemulihan tubuh isteri. Untuk menjaga kesihatan para isteri ini, Nabi Adam AS sendiri telah menjaga Siti Hawa RA dengan makanan dan rawatan penjagaan berpantang. Dan melahirkan lebih 100 orang anak kembar.  Perasaan takut akan hilang sebaik sahaja  kali pertama “ BERSAMA” suami selepas habis tempoh berpantang. Lagipun, bukankah kita mempunyai bidan yang berkemahiran dan doctor yang bijak pandai dalam hal rawatan tubuh ibu selepas bersalin. Jadi tak perlulah takut. Cuba lihat para isteri lain yang mampu melahirkan ramai anak. Mereka ini juga menghadapi situasi yang sama. Tapi boleh mengatasinya.
2.       “MAK DAN KAWAN2 KATA MESTI 100 HARI …. BAGITAU SUAMI TAK BOLEH LAGI, TUNGGU BETUL2 SIHAT, KALAU TAK NANTI TAK BERAPA TAHUN BADAN DAH JADI MACAM ORANG TUA… SEGALA-GALANYA SAKIT”.. Terasa gelihati juga mendengar alasan yang diberikan isteri kepada saya …… saya lihat mereka yang menyuruh berbuat seperti ini sakit juga … ada masalah juga….. dan ada juga dikalangan mereka tidak menjalankan tempoh berpantang sehingga 100 hari …… yang penting 44 hari dlm berpantang harus dijaga dengan betul. Kalau 44 hari pun tak boleh nak terjaga macamana nak buat hingga 100 hari? Rumahtangga kita, kita yang jaga… bukan orang lain.. jadi tak payahlah nak ikut kata orang. Esok masalah suami isteri ramai orang tunding jari kat kita juga. Kononnya tak pandai jaga “laki”. Walhal semuanya sebab kita dengar nasihat orang juga.
3.       “ UNTUK SUAMI JUGA , KALAU DIA NAK DAPAT YANG TERBAIK KENALAH SABAR“ …..  Saya tak nampak apa kebaikan menyuruh suami bersabar dan mengekang nafsu suami . 44 hari cukuplah. Dahlah masa mengandung suami takut2 nak bersama sebab risaukan kandungan dan rasa tak selesa isteri. Kandungan 7 bulan je suami dah mula puasa bathin kerana takut isteri bersalin awal, sambung pulak lagi 100 hari selepas bersalin. Maknanya suami dah berpuasa bathin ni hampir 200 hari.
Demi cinta dan rasa berterima kasih serta simpati pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan anak suami. Suami pun angguk kepala. “ TAK PE… ABANG FAHAM “ walaupun dah lepas 44 hari berpantang……  Maka, bermulalah suami berperang dengan diri sendiri ……. Nafsu dah lama simpan, jiwa dah bergelora … isteri dah tambah seksi depan mata tapi tak boleh sentuh, keluar rumah ternampak pulak perempuan seksi merata-rata…  hati tercabar tapi akal kata “ TAK APA… SABARRRRR” Balik rumah tengok pulak isteri asyik susukan anak saja …….Ada juga yang bertanya kat isteri “ TAK BOLEH LAGI KE ?” ….. isteri pun jawab “ BELUM 100 HARI BANG …..SABARLAHHH” ……… sekali lagi suami kata “ TAK PE … ABG FAHAM “ …. Tentu timbul sedikit rasa kecewa….. Akhirnya suami buat keputusan ….
Akal suami pun berkata…. “ Aku tak boleh pentingkan diri … kesian kat isteri aku “ suami pun belajar merawat dan menundukkan nafsu sendiri. Apabila isteri dah tamat berpantang 100 hari, suami dah mula buat tak peduli. Sebab dah terbiasa menundukkan nafsu sendiri. Perasaan malas “BERSAMA” mula timbul dalam diri suami. Akhirnya isteri kata “ sejak dapat anak, suami dah kurang beri perhatian “ Rumahtangga dah tak sebahagia dulu. Masa ni suami dah sukar nak pulih. Bila sesuatu sikap menjadi kebiasaan… terlalu sukar untuk diubah.  Keutamaan hanya kepada anak sahaja. Kemesraan mula berkurang. Isteri yang pikir suami dah tak berkenan mula lah buat ragam. Kata suami curang… ada simpan perempuan sebab dah kurang nak sentuh isteri. Walhal isteri yang menjadikan otak suami cukup pandai menundukkan nafsu sendiri. Itu bagi suami yang tahu dan faham hukum hakam agama.
Bagi yang tak kuat iman, tak tahan godaan bagaimana pula?  Isteri sanggupkah kongsi suami ? Perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan. Isteri dijadikan untuk suami boleh bersuka-suka. Supaya dapat mengelak daripada perlakuan sumbang dan haram. Sekali suami “ NAK” isteri menolak dah tercatit kat buku Malaikat Atid sebab isteri sihat walafiat. Disumpah Para Malaikat hingga ke pagi. Lain cerita jikalau isteri tu tak mampu atau sakit. Semenjak saya mula menceburi bidang perbidanan ini, saya belum pernah menemui isteri yang sakit berbulan-bulan lamanya disebabkan melahirkan anak.
Sebaik-baiknya, sebagai isteri…. Cukuplah berpantang selama 44 hari jikalau bersalin normal melainkan ada sebab2 tertentu yang sememangnya perlu dielakkan perhubungan. Bagi yg bersalin pembedahan pulak….. cukuplah 60 hari. Dengan rawatan dan penjagaan yang betul. Para isteri pasti akan lebih cepat pulih.
Ingat 1 perkara …. Nisbah Lelaki dan Wanita kat Malaysia 1:28 ….
Peribahasa Lama ” NAK SUAMI KEKAL SAYANG KENA PANDAI JAGA PERUTNYA” … maknanya isteri kenalah pandai masak untuk bagi suami makan tapi sekarang ni dah tak boleh guna sebab ramai isteri dah bekerja… sibuk dan penat lagipun makanan kat luar ada banyak pelbagai dan lebih sedap .. kena ada peribahasa baru pulak
” NAK SUAMI KEKAL SAYANG JAGA DITEMPAT TIDURNYA ”
“JAGA SUAMI, JAGA ANAK, JAGA DIRI….TERJAGA RUMAHTANGGA…. SEMOGA TERUS BAHAGIA DAN KEKAL SELAMANYA ”

**********************************************************************

Apa baiknya Bertungku ?

Bagi saya bertungku tu baik…Lebih baik dari berurut. Org lepas bersalin…..badan lemah. Badan jadi lemah disebabkan semasa kita bersalin,kita menggunakan tenaga yang banyak masa kesakitan datang, kesemua dalaman badan kita akan bekerja terutama sekali segala urat2 kita yang membekalkan darah akan menegang , tekanan darah akan meninggi. Lebih2 lagi semasa meneran.

Sebaik sahaja bayi keluar, semua urat akan mengendur dan lebih lembut dari biasa.Pada masa ni angin ataupun udara sejuk lebih mudah masuk mengikut perjalanan darah.Proses membetulkan dalaman badan bermula.Malangnya bukan semua orang mempunyai badan yang sihat 100%. Ramai yang tidak menyedari masalah urat yang dialami…seperti terseliuh, perjalanan darah yang tersekat disebabkan peyempitan urat dan macam2 lagi. Boleh dikatakan 90% ibu bersalin mengalami masalah seperti ini. Perjalanan darah tidak lancar, benjolan akibat darah tidak lancar dan angin yang terkumpul akan menyebabkan kita berasa sakit dan lenguh2 badan. Apabila dibiarkan…..ianya akan terus bertapak di dalam badan kita tanpa kita sedari.( Bila sakit kita ambil ubat tahan sakit…….sakit lain baik …sakit lain pulak dapat. Keterlaluan mengambil ubat tahan sakit akan mengakibatkan penghakisan dinding dalam perut kita. Jadilah gastrik lama2 jadi ulser. Ligamen lutut , sambungan antara tulang akan beransur terhakis sedikit demi sedikit. Akhirnya kita akan menanggung sakit sendi dan yang paling ketara sakit lutut untuk selama-lamanya ).

Apabila kita bertungku, kepanasan ( suam ) yang disebabkan oleh batu panas, kain panas, botol panas atau apa saja akan membuka pori2 kita dan juga akan mengembangkan urat. Apabila urat mengembang benjolan akan mengecil dan seterusnya menghilang mengikut perjalanan darah. Perjalanan darah akan lancar semula…masa ni lah kalau nak urut tak delah rasa sakit sangat sebab dah tak de benjolan. Urutan pun hanya sekadar membantu melancarkan perjalanan darah tapi sememangnya di akui urutan selepas bersalin juga perlu dilakukan tapi tidaklah seperti orang biasa

Setahu saya bertungku ni bukan untuk mengecutkan rahim . Rahim tidak boleh diusik , diurut ataupun disengkak selagi rahim tidak mengecut dengan sendirinya secara normal. Urut rahim atau sengkak semasa rahim belum kecut akan memudaratkan keadaan rahim itu sendiri. Cuba bayangkan rahim sebesar telur ayam membesar berpuluh kali ganda dan menampung bayi adakalanya sehingga 4 kg, uri dan lain2 lagi. Tiba2 menjadi kosong sebaik sahaja bayi dan lain2 tu keluar, rahim kita tidak akan terus mengecut sebesar asal tapi akan mengecut secara perlahan2. Pada masa ni keadaan rahim kita masih besar cuma kosong ( menggeleber ). saluran faraj juga ambil masa untuk pulih. Kalau nak cepat kecutkan rahim dan kembali ke kedudukan asalnya tanpa perlu disengkak. Perbanyakkanlah menyusui anak. Janganlah pulak terlalu aktif dan mengangkat bende2 berat ( banyak menggunakan tenaga dari dalam perut / abdomen ). Nanti lambat pulak pulih disebabkan gegaran akibat pergerakkan yang kasar .Selalunya dalam tempoh 3 minggu rahim kita dah ok tapi masih kurang sihat. 40 hari adalah sebaik-baiknya kalau nak urut sebab rahim kita dah kembali kepada asal. Selalunya urutan ni dipanggil Urutan penutup pantang.

Saya setuju bertungku akan menyebabkan pendarahan nifas bertambah banyak.Ini adalah disebabkan pengembangan saluran darah dan melancarkan perjalanan darah seperti yang saya nyatakan diatas. Apabila perjalanan darah lancar, proses dalam badan akan bertambah baik , pemulihan rahim juga bertambah baik. Pengecutan semulajadi ditambahkan lagi bantuan dari penyusuan bayi, rahim akan mengecut dan menolak darah yang kotor atau masih ada di dalam rahim keluar, inilah yang akan menyebabkan kita mengalami keluar darah nifas yang banyak tapi hanya sementara sahaja sekiranya berlebihan ( pendarahan ) dan tanpa henti kita kenalah jumpa Doktor.Selalunya sehari dua sahaja. Perbanyakkanlah makan makanan yang boleh menambah darah seperti bayam merah, hati dan daging ( jgn makan lebih sangat ).Disamping tu ambillah vitamin dan mintalah nasihat Doktor.

Catitan kat atas ni hanyalah pendapat, pandangan dan pengalaman saya sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s