Bengkung Moden Elastik ( Tube ) Fleksible

TUBE

Bengkung Elastik ( Tube ) Fleksible yang paling sesuai untuk ibu baru bersalin ….. Sangat digalakkan memakai bengkung elastik selepas melahirkan anak …. secara normal ataupun pembedahan kerana ianya dapat menahan perut daripada bergegar semasa bergerak ataupun berjalan. Membantu mempercepatkan pemulihan luka pembedahan. Membantu mengempiskan perut.

Diperbuat daripada kain spandex yang berkualiti tinggi, lembut tetapi agak tebal. Sangat mudah dipakai. hanya sarungkan sahaja. Selesa dipakai.Tidak panas dan tidak gatal. Kain yang memeri ( elastik ) memudahkan pergerakkan. Tidak bergulung.Tidak menyakitkan kerana ianya fleksible dengan apa jua keadaan. Boleh dipakai mengikut kesesuaian tubuh. samada di perut sahaja ataupun di tarik hingga ke bawah punggung.

Tidak ketat tapi mampat. Tidak mengganggu sistem peredaran darah. Digalakkan memiliki 2 helai untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat untuk ibu bersalin ataupun untuk kegunaan waktu siang ataupun malam …… Dipakai setiap hari ke tempat kerja pun boleh. Kelihatan rapi dan perut kelihatan kempis.

Terdapat 2 warna Hitam Dan Beige ( TIDAK TETAP )

Saiz M-L ( Orang biasa pakai saiz baju S hingga saiz L boleh pakai )
Saiz L-LL ( Orang biasa pakai saiz baju M hingga saiz 5L boleh pakai )

1 helai RM50 + RM 6pos ( Sem ) RM 9 ( Sabah / Sarawak )
2 helai RM95 + RM 6pos ( Sem ) RM 9 ( Sabah / Sarawak )

SMS/Whataps ke +6011-2380 2474

Advertisements

PERLUKAH BERPANTANG BERSALIN SEHINGGA 100 HARI?

Soalan yang sering diajukan kepada saya sejak kebelakangan ini ……..

JAWAPAN SAYA ….. PERLU DAN TAK PERLU

KENAPA PERLU ?

Dari segi penjagaan dalam pemakanan, bukan sahaja digalakkan untuk 100 hari malahan untuk seumur hidup kita. Lebih2 lagi wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik di mata suami malahan ada juga bukan kerana suami tapi kerana risau akan penampilan diri dihadapan orang ramai. Dikhuatiri dikatakan tidak tahu menjaga badan. Bertanding sesama golongan para isteri.
Proses melahirkan anak adalah proses membaik pulih tubuh seseorang ibu. Dalam tempoh berpantang adalah satu masa yang sangat sesuai untuk merawat tubuh menjadi anggun semula. Makanan yang tidak berkhasiat dan berminyak diketepikan, makanan dan minuman yang boleh menyebabkan rasa sejuk panas yang sering menjadi punca lenguh dan sakit pada tubuh.
Urutan, bertungku dan penjagaan luaran perlu diteruskan.  Urutan untuk ibu selepas bersalin selalunya dilakukan 3 hari berturut – turut atau selang sehari. Jikalau ingin melakukan lebih banyak urutan disyorkan melakukan urutan limfatik ( pemecahan lemak dan mengecutkan selulit ).

Bertungku sangat penting, kepanasan batu akan mengembangkan urat untuk memudahkan pengaliran darah dan menolak angin dari tubuh. Pengaliran darah yang lancar akan membantu proses pecah lemak dan juga dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubuh. Sistem perparitan cecair jernih juga menjadi lancar sekaligus memudahkan proses pelupusan toksid dan pengeluaran peluh. Digalakkan bertungku sehingga lebih 44 hari agar lebih kelihatan langsing dan wajah menjadi berseri.
Begitu juga dengan penjagaan luaran tubuh seperti tapel, pilis dan param ( Kebanyakkan ibu2 moden lebih menggunakan krim berbanding herba2 bersalin yang agak remeh dan kotor ). Jikalau ke tempat kerja bolehlah meneruskan amalan penjagaan disebalik baju yang lawa2 dah lama tak pakai tu. Pakai lebih 100 hari pun tak apa …. lebih baik.

Pengambilan vitamin atau jamu yang bersesuaian mengikut penerimaan tubuh masing2 ( jamu yang tidak mengganggu pemprosesan susu ibu dan kesihatan bayi ) juga digalakkan.Untuk memastikan tubuh ibu dan bayi senantiasa terjaga dan mendapat khasiat yang cukup. Pengambilan pun kenalah berdisiplin mengikut jadual dan dos yang ditetapkan. Jangan ” panas2 tahi ayam “. Pengambilan berterusan barulah boleh menampakkan hasil. Jangan ambil berjenis2 untuk mendapatkan khasiat yang sama. nanti dos jadi berganda. Badan sendiri yang merana. Harap muka nak cantik tapi jadi menggerutu pulak… jerawat batu dan ruam naik sebab panas jamu. Badan nak langsing tapi jadi tembam, tak pun jadi pucat atau bengkak. Tubuh jadi keliru menerima asakkan ubat dan jamu.

KENAPA TAK PERLU ?

Tak perlulah nak berpantang kat suami  hingga 100 hari….. azab dia lebih azab dapat kat kita ….. Siti Khadijah RA isteri Rasulullah pun berpantang 44 hari begitu juga anak perempuan Baginda Siti Fatimah RA ( Ensiklopedia Perbidanan Melayu ).Ramai yang berkata “ Saya dah cakap kat suami , suami saya kata dia faham… dia boleh sabar dan tunggu hingga saya betul2 sihat “ ……… Saya tak faham dari mana datangnya pantang larang sehingga 100 hari ini. Betul berkesan kah? Untuk apa sebenarnya? … ada yang memberikan jawapan yang tak dapat diterima oleh akal saya ……….. “ Untuk suami jugaaaa……. Dan juga untuk kesihatan saya di hari tua “Saya terpanggil untuk memberikan pendapat dan pandangan peribadi saya , berdasarkan pengalaman saya sebagai tukang urut bersalin dan kesihatan wanita juga adakalanya saya bagaikan dilantik sebagai kaunselor yang tidak berkelayakkan dan tidak pernah diiktiraf. Sejak 8 tahun lalu, ramai isteri yg menitiskan airmata di hadapan saya. Pernah ada beberapa org suami meminta nasihat dan memberikan alas an yang hampir serupa ….. perkahwinan atas dasar cinta tapi akhirnya musnah disebabkan punca terlalu menghormati perasaan pasangan. Derita dalam bahagia.

 Kaum isteri yg berpantang 100 hari ini berkata.

1.       “ SAYA TAKUT “ …….. Kenapa mesti takut ? Betapa uniknya Allah menjadikan kita wanita yang boleh cedera dan pulih dengan sendirinya dan akan pulih lebih cepat dengan pelbagai rawatan yang bersesuaian. Saya berpendapat yang dimaksudkan oleh kaum isteri adalah situasi “BERSAMA” dengan suami. Mungkin pengalaman bersalin yang sungguh menyakitkan dan keadaan Rahim dan faraj yang luka dan bengkak membuatkan isteri menjadi fobia… Untuk mengatasi masalah ini, maka telah terwujudnya pantang larang untuk para isteri dan suami agar isteri boleh pulih sepenuhnya. Sebab tu juga adanya petua, makanan dan ubat2an serta herba untuk pemulihan tubuh isteri. Untuk menjaga kesihatan para isteri ini, Nabi Adam AS sendiri telah menjaga Siti Hawa RA dengan makanan dan rawatan penjagaan berpantang. Dan melahirkan lebih 100 orang anak kembar.  Perasaan takut akan hilang sebaik sahaja  kali pertama “ BERSAMA” suami selepas habis tempoh berpantang. Lagipun, bukankah kita mempunyai bidan yang berkemahiran dan doctor yang bijak pandai dalam hal rawatan tubuh ibu selepas bersalin. Jadi tak perlulah takut. Cuba lihat para isteri lain yang mampu melahirkan ramai anak. Mereka ini juga menghadapi situasi yang sama. Tapi boleh mengatasinya.

2.       “MAK DAN KAWAN2 KATA MESTI 100 HARI …. BAGITAU SUAMI TAK BOLEH LAGI, TUNGGU BETUL2 SIHAT, KALAU TAK NANTI TAK BERAPA TAHUN BADAN DAH JADI MACAM ORANG TUA… SEGALA-GALANYA SAKIT”.. Terasa gelihati juga mendengar alasan yang diberikan isteri kepada saya …… saya lihat mereka yang menyuruh berbuat seperti ini sakit juga … ada masalah juga….. dan ada juga dikalangan mereka tidak menjalankan tempoh berpantang sehingga 100 hari …… yang penting 44 hari dlm berpantang harus dijaga dengan betul. Kalau 44 hari pun tak boleh nak terjaga macamana nak buat hingga 100 hari? Rumahtangga kita, kita yang jaga… bukan orang lain.. jadi tak payahlah nak ikut kata orang. Esok masalah suami isteri ramai orang tunding jari kat kita juga. Kononnya tak pandai jaga “laki”. Walhal semuanya sebab kita dengar nasihat orang juga.

3.       “ UNTUK SUAMI JUGA , KALAU DIA NAK DAPAT YANG TERBAIK KENALAH SABAR“ …..  Saya tak nampak apa kebaikan menyuruh suami bersabar dan mengekang nafsu suami . 44 hari cukuplah. Dahlah masa mengandung suami takut2 nak bersama sebab risaukan kandungan dan rasa tak selesa isteri. Kandungan 7 bulan je suami dah mula puasa bathin kerana takut isteri bersalin awal, sambung pulak lagi 100 hari selepas bersalin. Maknanya suami dah berpuasa bathin ni hampir 200 hari.
Demi cinta dan rasa berterima kasih serta simpati pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan anak suami. Suami pun angguk kepala. “ TAK PE… ABANG FAHAM “ walaupun dah lepas 44 hari berpantang……  Maka, bermulalah suami berperang dengan diri sendiri ……. Nafsu dah lama simpan, jiwa dah bergelora … isteri dah tambah seksi depan mata tapi tak boleh sentuh, keluar rumah ternampak pulak perempuan seksi merata-rata…  hati tercabar tapi akal kata “ TAK APA… SABARRRRR” Balik rumah tengok pulak isteri asyik susukan anak saja …….Ada juga yang bertanya kat isteri “ TAK BOLEH LAGI KE ?” ….. isteri pun jawab “ BELUM 100 HARI BANG …..SABARLAHHH” ……… sekali lagi suami kata “ TAK PE … ABG FAHAM “ …. Tentu timbul sedikit rasa kecewa…..

Akhirnya suami buat keputusan ….
Akal suami pun berkata…. “ Aku tak boleh pentingkan diri … kesian kat isteri aku “ suami pun belajar merawat dan menundukkan nafsu sendiri. Apabila isteri dah tamat berpantang 100 hari, suami dah mula buat tak peduli. Sebab dah terbiasa menundukkan nafsu sendiri. Perasaan malas “BERSAMA” mula timbul dalam diri suami. Akhirnya isteri kata “ sejak dapat anak, suami dah kurang beri perhatian “ Rumahtangga dah tak sebahagia dulu. Masa ni suami dah sukar nak pulih. Bila sesuatu sikap menjadi kebiasaan… terlalu sukar untuk diubah.  Keutamaan hanya kepada anak sahaja. Kemesraan mula berkurang. Isteri yang pikir suami dah tak berkenan mula lah buat ragam. Kata suami curang… ada simpan perempuan sebab dah kurang nak sentuh isteri. Walhal isteri yang menjadikan otak suami cukup pandai menundukkan nafsu sendiri. Itu bagi suami yang tahu dan faham hukum hakam agama.
Bagi yang tak kuat iman, tak tahan godaan bagaimana pula?  Isteri sanggupkah kongsi suami ? Perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan. Isteri dijadikan untuk suami boleh bersuka-suka. Supaya dapat mengelak daripada perlakuan sumbang dan haram. Sekali suami “ NAK” isteri menolak dah tercatit kat buku Malaikat Atid sebab isteri sihat walafiat. Disumpah Para Malaikat hingga ke pagi. Lain cerita jikalau isteri tu tak mampu atau sakit. Semenjak saya mula menceburi bidang perbidanan ini, saya belum pernah menemui isteri yang sakit berbulan-bulan lamanya disebabkan melahirkan anak. Sebaik-baiknya, sebagai isteri…. Cukuplah berpantang selama 44 hari jikalau bersalin normal melainkan ada sebab2 tertentu yang sememangnya perlu dielakkan perhubungan. Bagi yg bersalin pembedahan pulak….. cukuplah 60 hari. Dengan rawatan dan penjagaan yang betul. Para isteri pasti akan lebih cepat pulih.

Ingat 1 perkara …. Kuota lelaki ada 4 ….

Peribahasa Lama ” NAK SUAMI KEKAL SAYANG KENA PANDAI JAGA PERUTNYA” … maknanya isteri kenalah pandai masak untuk bagi suami makan tapi sekarang ni dah tak boleh guna sebab ramai isteri dah bekerja… sibuk dan penat lagipun makanan kat luar ada banyak pelbagai dan lebih sedap .. kena ada peribahasa baru pulak

” NAK SUAMI KEKAL SAYANG JAGA DITEMPAT TIDUR ANDA “
“JAGA SUAMI, JAGA ANAK, JAGA DIRI….TERJAGA RUMAHTANGGA…. SEMOGA TERUS BAHAGIA DAN KEKAL SELAMANYA “

~ KECANTIKAN DAN KESIHATAN MENJAMIN KEBAHAGIAAN ~