Utusan Malaysia 12/01/2012

Urut saraf pulihkan bahagian bermasalah

URUT saraf mungkin tidak begitu popular berbanding urutan tradisional yang lebih relak dan kurang melibatkan tekanan dan kesakitan.
Urutan tradisional diakui memberikan kesegaran pada tubuh, manakala urutan saraf pula lebih berfungsi kepada merawat kesakitan pada tubuh.
Menurut pengamal urutan saraf, Narita Ahmad, 37, urut saraf hanya melibatkan poin-poin tertentu pada bahagian tubuh.
“Urut saraf memang sering dikaitkan dengan kesakitan hingga ada pesakit yang menjerit atau paling tidak mengerutkan wajah apabila poin bermasalah ditekan oleh tukang urut.
“Kesakitan tersebut dirasai pada ketika itu sahaja tetapi bergantung juga pada pesakit kerana mungkin ada juga yang merasai sakitnya selama sehari dua.
“Namun apa yang baiknya tentang urut saraf ialah ia memberikan kebaikan dan merawat bahagian yang bermasalah serta mengekalkan kesihatan di bahagian tersebut untuk satu tempoh yang lama,” ujarnya yang ditemui di Liz Beauty Salon, Kuang, Selangor, baru-baru ini.
Bagi wanita, kata Narita, urut saraf sering disarankan kepada mereka yang sukar untuk mengandung.
“Pengalaman saya sendiri yang susah untuk mengandung membuatkan saya mengkaji tentang saraf wanita.
“Bukan itu sahaja, saya juga belajar tentang teknik mengurut ditambah dengan pengalaman dan pelajaran yang ditimba sendiri dan hasilnya Alhamdulillah beberapa wanita yang menjalani urut saraf dengan saya sudah boleh mengandung,” ujarnya yang kini mempunyai cahaya mata.
Narita juga berkata kebanyakan pelanggannya hari ini yang terdiri dari wanita mengadu cepat penat dan tidak bertenaga.
Dia mencadangkan urutan saraf di beberapa bahagian yang bermasalah dan lemah.
“Kebiasaannya wanita yang datang untuk mendapatkan rawatan urut saraf ini saya mulakan mengurut di poin yang ada kaitan dengan kesakitan yang mereka alami.
“Sebagai contoh jika mereka kerap sakit kepala, bahagian yang akan diurut ialah di bahagian tengkuk atau di bahu, bergantung kepada jenis kesakitan tersebut.
“Begitu juga sekiranya wanita yang sukar mengandung, bahagian yang akan diperbetulkan ialah di bahagian rahim, bagi tangan yang selalu lenguh, tidak kira sama ada lenguh biasa atau sengal, poinnya juga terdapat di bahagian tapak tangan.
“Bahagian tersebut akan diurut bagi memulihkan kesakitan dan kerosakan di bahagian yang sakit dan telah terjejas.
“Wanita yang selalu lenguh bahagian kaki pula akan diurut pada bahagian pinggang,” katanya.
Selain penduduk setempat, Narita juga mempunyai pelanggan daripada kalangan orang kenamaan dan urut saraf nya juga mendapat perhatian dari bangsa asing seperti Cina dan India.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 017- 7537427 / 017 – 6385872

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s